Advokasi Heidy Quah

Selepas menamatkan sekolah menengah, Quah memutuskan secara sukarela untuk berkhidmat sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah bagi pelarian di Kuala Lumpur . Sekolah tersebut sangat sempit dan sesak di mana makanan juga sering tidak mencukupi. Sekolah tersebut terletak jauh dari tempat tinggal ahli pelarian dan mereka sering diberhentikan oleh pihak berkuasa untuk disoal siasat. Namun begitu, anak-anak muda pelarian tetap gigih dalam mendapatkan pendidikan. Hal tersebut menyebabkan Quah menyoal dirinya kerana pernah merayu untuk tidak hadir ke sekolah. Keadaan ahli pelarian tersebut membuatkan diri beliau berasa lebih beruntung. [4] [6] [3]

Namun begitu, guru besar sekolah tersebut telah memaklumkan Quah bahawa pusat itu akan ditutup disebabkan kekurangan dana—Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memutuskan untuk tidak memperbaharui penajaannya. Maka bersama-sama rakan sukarelawannya, Andrea Prisha, Quah menjual makanan dari rumah ke rumah serta menggunakan media sosial untuk mengumpulkan dana. Dengan usaha tersbut, mereka berjaya dalam memastikan sekolah tersebut beroperasi selama 6 bulan. Selepas itu, pada 2012, Quah menubuhkan pertubuhan "Refuge for the Refugees" bersama rakannya, Andrea Prisha. [6] [5] Malaysia tidak menyokong Konvensyen dan Protokol Pelarian, maka organisasi tersebut menyediakan akses kepada pelarian dari segi pendidikan asas dan penjagaan kesihatan. Pertubuhan tersebut menyediakan latihan vokasional dan keusahawanan kepada pelarian-pelarian demi memastikan kelangsungan hidup mereka. [7] [2] [8] Organisasi tersebut juga menyelamatkan pelarian dari kem tahanan dan sindiket pemerdagangan manusia. Mereka juga melawat komuniti pelarian dan menderma perkakasan serta menyediakan dana. [9] [10]

Quah bergelut menamatkan pengajian universiti sambil menguruskan organisasi tersebut. Beliau mempelajari bahasa Burma dan Chin agar dapat berkomunikasi dengan pelarian. Beliau juga mengikuti kelas Muay Thai untuk memastikan keselamatannya terjamin. Hal ini kerana menyelamatkan pelarian daripada kumpulan penyeludupan telah mendedahkannya kepada pesalah undang-undang. [4] [6]

Quah kekal lantang bersuara menentang tanggapan yang salah dan prejudis terhadap pelarian. Beliau mengetuai kempen kesedaran yang dijalankan oleh organisasi tersebut yang diadakan di pusat membeli-belah dan universiti. "Refuge for the Refugees" telah menubuhkan 10 sekolah di Malaysia dan 25 sekolah di Myanmar. Mereka telah mendidik ribuan pelajar pelarian. [11] [6]

Pada tahun 2022, Quah menyertai Agensi Pekerjaan Kolar Merah Jambu, sebuah perusahaan sosial di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pengambilan yang beretika dalam mengupah pekerja asing. Beliau menguruskan perkembangan perkhidmatan Kolar Merah Jambu tersebut dalam berkhidmat kepada pekerja asing Indonesia dan sektor pembuatan Malaysia, dalam usaha menyokong keadaan buruh yang lebih baik untuk pekerja asing di Malaysia. [12]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Heidy Quah https://www.aljazeera.com/amp/news/2020/10/16/refu... https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/03/07/6... https://my.linkedin.com/in/heidy-quah-gaik-li https://goingplaces.malaysiaairlines.com/women-of-... https://www.malaysiakini.com/news/632312 https://www.oneyoungworld.com/ambassador-projects/... https://www.optionstheedge.com/topic/people/refuge... https://www.nst.com.my/news/nation/2017/07/253446/... https://www.edgeprop.my/content/1581064/women-powe... https://www.amnesty.org/en/latest/news/2020/06/mal...